Sunday, 10 November 2013

Tempat Penginapan Kami

    Kami menawarkan ruang tamu kami yang luas dan selesa untuk tetamu. Ruang tamu kami lengkap dengan sofa, televisyen, internet wifi, rak buku, almari laci, pemanas, dan unggun api elekrik. Untuk tidur, kami menyediakan tilam angin, duvet 15 tog (toto tebal) sebagai alas, duvet 10 tog sebagai selimut, dan beberapa bantal yang empuk. Buat keselesaan tetamu, kami menyediakan langsir yang berfungsi seperti ‘pintu bilik’. Oleh itu, tetamu boleh membuka dan menutup langsir pada bila-bila masa sahaja berdasarkan keselasaan. Tetamu akan berkongsi dapur yang luas dan tandas serta bilik mandi yang selesa bersama kami. 

Kemudahan seperti sofa,tv,wifi disediakan

 Ruang tamu kegunaan bersama sebagai tempat santai.

      Ruang tamu yang diubahsuai menjadi bilik

 Duvet (toto tebal) sebagai alas tidur

 Langsir untuk membahagikan ruang.

Ruang privasi

                                       Dapur yang boleh digunakan untuk menyediakan makanan

 Shower

Tandas

1 comment:

  1. salam, en.fadhli ,sy luqman dri k.l malaysia, student malasyia nk ke sana dlm backpacker..

    antara tempat yg sya ingin pergi adalah sofa education and malay culture ,london, bradford.

    so sye memerlukan homestay atau tempat tinggal budget anggaran kos student, sy ad 5 org termasuk sy utk travel skali ,
    jika ada tuan boleh msg sy 6014241079

    ReplyDelete