Sunday, 10 November 2013

Tetamu dalam Bulan Oktober 2013


    Arish London Homestay mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tetamu pertama yang sudi singgah di teratak kami selama 6 hari 5 malam. Jazakillahu khairan kathira.

Terima kasih daun keladi, kalau boleh singgahlah lagi ^_^



Testimoni daripada Dr Ermy Azziaty:

"Pemergian saya ke Kota London buat pertama kali pada 26 Oktober hingga 1 November 2013 adalah pengalaman yg tidak mungkin dilupakan. Dengan tuntutan kerja untuk menjalankan research di SOAS, University London, The British Library dan The National Archives, Kew membuatkan saya agak gusar memikirkan di manakah penginapan untuk bertamu di bumi 'the empire on which the sun never sets' itu... 

Alhamdulillah setelah menghubungi junior di jabatan tempat saya bekerja, iaitu Puan Firuz Akhtar Bohari (juara pertandingan Ustazah Pilihan hehe) yang  menyambung pengajian PhD di SOAS, Universiti of London, bagai pucuk dicita ulam mendatang apabila beliau menawarkan penginapan di Arish London Homestay.

Berkongsi pengalamanan menginap  di sana, ia adalah kenangan yg cukup manis. Rumah beliau bukan sahaja berdekatan dengan perkhidmatan bas, bahkan berhampiran dengan stesen Acton Town yang memudahkan saya untuk bergerak ke pusat bandar untuk menjalankan kerja-kerja yang perlu dilunaskan. Alhamdulillah setiap hari dalam tempoh seminggu perjalanan saya  berjalan dengan cukup lancar. 

Mengenai kemudahan di Arish London Homestay pula saya amat berpuas hati kerana ruang yang begitu selesa untuk berehat, menyiapkan kerja, makan dan juga membersihkan diri, tambahan pula tuan rumah yang amat baik hati dan mesra. Kesedihan mula terasa apabila ingin kembali ke Malaysia kerana terpaksa meninggalkan pengalaman yang cukup berharga di sini....ermmm sekiranya diberi tugasan ke Kota London lagi, pastinya Arish London Homestay menjadi pilihan pertama saya..."

No comments:

Post a Comment