Kami di Arish London Homestay menawarkan penginapan yang selesa dengan harga berpatutan untuk pengunjung London. Arish London Homestay terletak di Bollo Bridge Road, Acton Town, sebelah barat London (Zon 3 London). Ia terletak berhampiran dengan stesen tube Acton Town (Piccadilly dan District Line) dan pelbagai perhentian bas. Dengan menaiki kenderaan awam, pengunjung akan mengambil masa dalam lingkungan 30-40 minit untuk sampai ke Central London. Antara kemudahan berhampiran rumah adalah kedai halal, gedung jualan, masjid, dan lain-lain lagi.
Sunday, 10 November 2013
Tempat Penginapan Kami
Kami menawarkan ruang tamu kami yang luas
dan selesa untuk tetamu. Ruang tamu kami lengkap dengan sofa, televisyen, internet wifi, rak
buku, almari laci, pemanas, dan unggun api elekrik. Untuk tidur, kami menyediakan tilam angin, duvet 15 tog (toto tebal) sebagai alas, duvet 10 tog sebagai
selimut, dan beberapa bantal yang empuk. Buat keselesaan tetamu, kami
menyediakan langsir yang berfungsi seperti ‘pintu bilik’. Oleh itu, tetamu
boleh membuka dan menutup langsir pada bila-bila masa sahaja berdasarkan
keselasaan. Tetamu akan berkongsi dapur yang luas dan tandas serta bilik mandi
yang selesa bersama kami.
Kemudahan seperti sofa,tv,wifi disediakan
Ruang tamu kegunaan bersama sebagai tempat santai.
Ruang tamu yang diubahsuai menjadi bilik
Duvet (toto tebal) sebagai alas tidur
Langsir untuk membahagikan ruang.
Ruang privasi
Shower
Tandas
Location:
Bollo Bridge Road, London W3 8AT, UK
Kemudahan-kemudahan Sekitar Homestay
Kemudahan Pengangkutan
Perhentian Bas Berdekatan(2 minit perjalanan dari homestay)
Stesen Tube Acton Town (8 min dari homestay kami dengan menaiki bas)
Kedai Makanan Halal dan Membeli Belah
Subway,Chicken Royal
Woody Grill
Quality Kebab
Hello Pizza
99pences,Sport Direct,Iceland
Masjid Acton
\
Subway,Chicken Royal
Woody Grill
Quality Kebab
Hello Pizza
99pences,Sport Direct,Iceland
Masjid Acton
Location:
Bollo Bridge Road, London W3 8AT, UK
Tetamu dalam Bulan Oktober 2013
Arish London Homestay mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tetamu pertama yang sudi singgah di teratak kami selama 6 hari 5 malam. Jazakillahu khairan kathira.
Terima kasih daun keladi, kalau boleh singgahlah lagi ^_^
Testimoni daripada Dr Ermy Azziaty:
"Pemergian saya ke Kota London buat pertama kali pada 26 Oktober hingga 1 November 2013 adalah pengalaman yg tidak mungkin dilupakan. Dengan tuntutan kerja untuk menjalankan research di SOAS, University London, The British Library dan The National Archives, Kew membuatkan saya agak gusar memikirkan di manakah penginapan untuk bertamu di bumi 'the empire on which the sun never sets' itu...
Alhamdulillah setelah menghubungi junior di jabatan tempat saya bekerja, iaitu Puan Firuz Akhtar Bohari (juara pertandingan Ustazah Pilihan hehe) yang menyambung pengajian PhD di SOAS, Universiti of London, bagai pucuk dicita ulam mendatang apabila beliau menawarkan penginapan di Arish London Homestay.
Berkongsi pengalamanan menginap di sana, ia adalah kenangan yg cukup manis. Rumah beliau bukan sahaja berdekatan dengan perkhidmatan bas, bahkan berhampiran dengan stesen Acton Town yang memudahkan saya untuk bergerak ke pusat bandar untuk menjalankan kerja-kerja yang perlu dilunaskan. Alhamdulillah setiap hari dalam tempoh seminggu perjalanan saya berjalan dengan cukup lancar.
Mengenai kemudahan di Arish London Homestay pula saya amat berpuas hati kerana ruang yang begitu selesa untuk berehat, menyiapkan kerja, makan dan juga membersihkan diri, tambahan pula tuan rumah yang amat baik hati dan mesra. Kesedihan mula terasa apabila ingin kembali ke Malaysia kerana terpaksa meninggalkan pengalaman yang cukup berharga di sini....ermmm sekiranya diberi tugasan ke Kota London lagi, pastinya Arish London Homestay menjadi pilihan pertama saya..."
Subscribe to:
Posts (Atom)