Saturday, 24 May 2014

Tetamu Bulan Mac 2014

Saya mendapat kejutan apabila melihat tetamu Arish London Homestay di pintu. Rupa-rupanya tetamu kami adalah Encik Firdaus Harun dan isterinya, Puan Hanimah yang datang bercuti dari Jerman. Encik Firdaus adalah kawan sekolah saya di SAMTEN. Kali terakhir kami berjumpa adalah pada tahun 1999 ketika kami berumur 15 tahun. Tak sangka kami bertemu semula di London!

Encik Firdaus Harun dan Puan Hanimah serta maskot homestay. Hehe
Add caption





 Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi,
 Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.      Insya Allah :)

Mai la rumah kami lagi jika singgah di London.


Tetamu Bulan Februari 2014

Terima kasih kepada Siti Nur Syafika dari Sheffield yang menginap di Arish London Homestay bersama ibu-bapanya.

Jangan segan untuk datang lagi ye ^_^

Sunday, 10 November 2013

Selamat Datang ke Arish London Homestay




  Kami di Arish London Homestay menawarkan penginapan yang selesa dengan harga berpatutan untuk pengunjung London. Arish London Homestay terletak di Bollo Bridge Road, Acton Town, sebelah barat London (Zon 3 London). Ia terletak berhampiran dengan stesen tube Acton Town (Piccadilly dan District Line) dan pelbagai perhentian bas. Dengan menaiki kenderaan awam, pengunjung akan mengambil masa dalam lingkungan 30-40 minit untuk sampai ke Central London. Antara kemudahan berhampiran rumah adalah kedai halal, gedung jualan, masjid, dan lain-lain lagi. 

Tempat Penginapan Kami

    Kami menawarkan ruang tamu kami yang luas dan selesa untuk tetamu. Ruang tamu kami lengkap dengan sofa, televisyen, internet wifi, rak buku, almari laci, pemanas, dan unggun api elekrik. Untuk tidur, kami menyediakan tilam angin, duvet 15 tog (toto tebal) sebagai alas, duvet 10 tog sebagai selimut, dan beberapa bantal yang empuk. Buat keselesaan tetamu, kami menyediakan langsir yang berfungsi seperti ‘pintu bilik’. Oleh itu, tetamu boleh membuka dan menutup langsir pada bila-bila masa sahaja berdasarkan keselasaan. Tetamu akan berkongsi dapur yang luas dan tandas serta bilik mandi yang selesa bersama kami. 

Kemudahan seperti sofa,tv,wifi disediakan

 Ruang tamu kegunaan bersama sebagai tempat santai.

      Ruang tamu yang diubahsuai menjadi bilik

 Duvet (toto tebal) sebagai alas tidur

 Langsir untuk membahagikan ruang.

Ruang privasi

                                       Dapur yang boleh digunakan untuk menyediakan makanan

 Shower

Tandas

Kemudahan-kemudahan Sekitar Homestay

Kemudahan Pengangkutan

 Perhentian Bas Berdekatan(2 minit perjalanan dari homestay)

Stesen Tube Acton Town (8  min dari homestay kami dengan menaiki bas)

Kedai Makanan Halal dan Membeli Belah

Subway,Chicken Royal

Woody Grill

 Quality Kebab

Hello Pizza

99pences,Sport Direct,Iceland

Masjid Acton


\